seni badiam homestay

Homestay tradisi Melayu lengkap dengan pelbagai kemudahan dikelilingi kawasan sawah padi serta keindahan suasana kampung  di Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan.

selamat datang

Terima kasih kerana memilih kami sebagai destinasi percutian anda bersama yang tersayang. Di Seni Badiam Homestay, kami menawarkan pengalaman menginap di rumah kayu tradisi Melayu dilengkapi pelbagai kemudahan untuk keselesaan  juga memberi kenangan indah untuk anda sekeluarga.

Play Video about Seni Badiam Homestay

seni badiam homestay

Seni Badiam Homestay adalah sebuah rumah kayu yang dibina pada tahun 2022 dan siap sepenuhnya pada tahun 2023. Berkonsepkan melayu tradisional yang terletak di tengah sawah bendang  terletak di Parit 2 Barat, Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan.

Kawasan persendirian yang berkeluasan 3,000 kaki persegi dengan binaan rumah 2 tingkat berkeluasan 1,600 kaki persegi. Mempunyai 3 bilik tidur, 3 bilik air, lengkap dengan kelengkapan rumah & dapur. Homestay kami juga turut mempunyai  kemudahan kolam renang untuk dewasa & kanak-kanak berkeluasan 12 kaki lebar x 28 kaki panjang.

Suasana & ciri kampung di Seni Badiam Homestay pasti akan menggamit kenangan lama serta memberi kedamaian kepada semua  yang menginap.

pilihan pakej

Kami menawarkan 2 pakej penginapan mengikut musim iaitu Pakej Musim Padi & Pakej Musim Menuai (Padi Potong). Kadar sewaan penginapan adalah bergantung kepada pilihan musim.

BULAN
April – Julai
Oktober – Januari

HARGA PAKEJ
Bermula RM720/semalam

BULAN
Februari – Mac
Ogos – September

HARGA PAKEJ
RM680/semalam

kemudahan

Kami menyediakan pelbagai kemudahan untuk memastikan anda & keluarga sentiasa selesa sepanjang menginap di homestay kami.

Bahagian ruang tamu lengkap dengan set kerusi rotan, Smart TV bersaiz 40 inci & Netflix serta ruang solat

Setiap bilik dilengkapi 2 katil queen dan 2 katil single, tandas, penyaman udara, water heater dan kipas

Dilengkapi dapur gas, periuk masak, cerek, peti ais, penapis air, microwave, air fryer & set pinggan mangkuk juga beras, minyak, garam, kunyit, rempah ratus, bawang, gula, minuman 3 in 1, kopi & teh

Ruang makan dilengkapi set meja kopitiam & ruang terbuka sesuai untuk mengadakan aktiviti barbeku. (Tempat barbeku disediakan)

kolam renang

Kolam renang untuk orang dewasa & kanak-kanak berkeluasan 12 kaki lebar x 28 kaki panjang

Akses internet berkelajuan pantas di seluruh bahagian homestay untuk kemudahan anda & sesi keluarga

gazebo

Kami menyediakan 1 unit gazebo, 2 unit meja batu & 1 unit buaian kayu di bahagian luar homestay

Nak memancing? Aktiviti memancing boleh dilakukan di titi kayu yang kami sediakan di bahagian belakang homestay

Anda Merancang nak bercuti?

Rasai pengalaman bercuti di penginapan tradisi Melayu yang lengkap dengan pelbagai kemudahan serta aktiviti menyeronokkan untuk semua peringkat umur

testimoni & galeri

Kami kongsikan beberapa testimoni dari para pelanggan yang telah menginap di Seni Badiam Homestay serta gambar pengalaman manis mereka

Lokasi kami

Seni Badiam Homestay terletak di Parit 2 Barat, Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan

Shopping Cart

mahu mengadakan majlis di seni badiam homestay?

Sila dapatkan sebut harga dari kami sekiranya anda mahu menjalankan aktiviti berikut :