seni badiam homestay
Terma & Syarat
terma & syarat seni badiam homestay
Pembayaran
- Deposit RM100 sebagai pendahuluan tempahan.
- Cagaran RM100 akan dikembalikan sekiranya homestay ditinggalkan dalam keadaan baik dan sama seperti waktu penyerahan.
- Harga sewaan penginapan perlu dibayar penuh selewat-lewatnya 7 HARI sebelum tarikh masuk.
- Deposit dan sewaan penginapan tidak akan dikembalikan sekiranya pembatalan berlaku dari pihak penginap.
- Penginap boleh menunda dan menukar tarikh penginapan sebanyak 2 kali.
Check in & Check out
- Masa mendaftar MASUK adalah pada pukul 3:00 Petang dan masa mendaftar KELUAR adalah pada pukul 12:00 Tengahari.
- Pelanggan boleh masuk awal atau keluar lewat tetapi bergantung kepada tempahan semasa dan akan dikenakan caj per jam.
Penggunaan Homestay
- Dilarang menggunakan homestay ini untuk kegiatan haram dan tidak bermoral.
- Tidak dibenarkan menginap dengan tujuan selain untuk percutian dan pengumpulan keluarga.
- Untuk keraian, penggambaran dan majlis melebihi kapasiti, sila hubungi pihak homestay untuk sebutharga dan maklumat lanjut.
Tanggungjawab Penginap
- Dilarang membawa keluar segala kelengkapan dan peralatan yang terdapat di dalam homestay.
- Dilarang membawa makanan dan minuman yang TIDAK HALAL ke dalam homestay.
- Kunci homestay yang HILANG akan dikenakan bayaran denda sebanyak RM50.00.
- Jika terdapat sebarang kerosakkan kelengkapan dan peralatan rumah, pihak kami berhak menuntut bayaran GANTI RUGI atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.
- Sila pastikan semua pintu dan tingkap dikunci/ditutup semasa tidur atau keluar.
- Dilarang membuat kunci pendua.
- Sila buang semua sampah ke dalam tong sampah besar yang disediakan dihujung jalan.
- Dilarang merokok di dalam rumah bagi tujuan keselamatan bersama.
- Dilarang membawa masuk binatang peliharaan.
- Tidak dibenarkan membuat bising sehingga boleh menganggu ketenteraman jiran-jiran yang berdekatan.
- Dilarang memaku, menconteng atau mengubah suai rumah di dalam atau di luar homestay.
- Pastikan semua barang dan peralatan diletakan di tempat asal sebelum mendaftar keluar.
- Pastikan semua suis termasuk kipas, penghawa dingin dan lampu ditutup apabila keluar atau meninggalkan homestay untuk menggelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
- Segala kehilangan barangan peribadi, kemalangan dan keselamatan penginap adalah di bawah pengawasan dan tanggungjawab penginap sendiri. Pemilik homestay tidak akan bertanggungjawab di atas segala kelalaian pihak penginap.
- Sekiranya berlaku sebarang kejadian yang diluar bidang kuasa pengusaha seperti gangguan utiliti dan bencana alam, ia akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya dengan pihak yang berkaitan.