Pasar Petang Sungai Haji Dorani
Anda akan menjadi rambang mata apabila datang ke pasar petang sungai Haji Dorani kerana terdapat pelbagai jenis makanan laut dijual seperti ikan , kerang pepahat udang, sotong dan banyak lagi. Pasar Petang Sungai Haji Dorani akan menjadi tarikan penduduk setempat mahupun pelancong luar untuk membeli makanan laut yang amat segar.
Waktu operasi pasar petang ini bermula sekitar 4 petang dan bukan sahaja menjual pelbagai jenis makanan laut, tetapi makanan tradisional seperti kuih-muih barang dapur dan sebagainya turut dijual. Pasti seronok bercuti menikmati makanan yang sedap dan tradisional.
Alamat: B53, Kampung Sungai Limau, 45300 Sungai Besar, Selangor
Pasar Jerami Ban Kenal
Pasar Jerami Ban Kenal merupakan satu lokasi menarik untuk terokai apabila datang bercuti ke Sungai Besar Selanggor ini. Selalunya anda melihat padi yang belum diproses ,tetapi apabila datang ke Pasar Jerami ini akan melihat bagaimana prosese padi itu berlaku dan dapat menikmati pemandangan padi yang indah.
Selain itu apa yang best di Pasar Jerami ini apabila tiba musim padi, penduduk akan menghias orang orang untuk diletak di tepi sawah padi, yang bertujuan menghalau burung-burung memakan padi dan berkesempatan mengambil gambar dijadikan kenangan.
Alamat: Jalan Terusan Utama, 45300 Sungai Besar, Selangor
Nisha Agro Farm
Tempat yang menarik untuk diterokai di Sungai Besar yang seterusnya adalah Nisha Agro Farm. Ladang cendawan tiram putih dan penanaman cendawan tersebut amat berbesar dengan penanaman lain iaitu menggunakan padi jerami dikeringkan dan mengambil masa singkat untuk tumbuh. Selain daripada melihat pemandangan cendawan, anda juga akan mempelajari sesuatu yang baru dalam kehidupan. Jadi anda akan bercuti sambil belajar. Seronoknya.
Alamat: Kampung Sungai Haji Dorani, 45300 Sungai Besar, Selangor
Kilang Nata de Coco
Bagi peminat manisan mahupun makanan yang manis anda boleh datang ke kilang Nata De Coco untuk melihat bagaimana proses pembuatan manisan kegemaran semua pada waktu kecil dilakukan. Pasti anda semua teruja melihat cara pembuatan makanan kegemaran semasa kecil secara terbuka. Malahan anda juga akan mendapat harga murah dari pasaran sekiranya membeli Nata De Coco di kilang tersebut dan pelbagai perisa ditawarkan seperti laici , mangga epal hijau dan strawberi.
Datang ke Kilang Nata De Coco merupakan salah satu aktiviti menarik untuk diterokai apabila datang ke Sungai Besar, jangan lepaskan peluang ini.
Alamat: Jalan Kuala Selangor – Teluk Intan, Kampung Sungai Limau, 45300 Sungai Besar, Selangor
Cendol Atok
Setelah penat berjalan , anda boleh singgah ke kedai Cendol Atok untuk merasai kelazatan cendol yang disediakan dan menjadi salah satu tarikan pengunjung apabila datang ke sini terutamanya ketika musim panas. Sungguh seronok. Kedai cendol atok juga menyediakan menu lain seperti western food bagi pengemar western.
Oleh itu jangan lupa singgah ke kedai cendol atok jika datang ke Sungai Besar, Selanggor untuk menikmati cendol yang sedap dan famous
Alamat: Lot 9495 batu 8 1/2 jln besar, Jalan Sungai Limau, 45300 Sungai Besar, Selangor