Terletak di Jalan Stadium, Taman Perdana, 45300 Sungai Besar, Selangor. Dibuka setiap hari dari pukul 6 pagi hingga 2 petang. Menjual barangan mentah dan basah hasil laut, ayam, daging juga sayur-sayuran. Juga terdapat jualan makanan sarapan pagi dengan pelbagai menu seperti nasi lemak, soto, pecal, pelbagai jenis kuih-muih, buah-buahan dan pencuci mulut.


